Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Celcom, Digi, Dan U Mobile Turut Akan Menawarkan iPhone SE

Maxis telah memulakan pendaftaran minat untuk iPhone SE hanya sehari selepas telefon pintar berkenaan diumumkan oleh Apple. Terkini, tiga lagi syarikat telekomunikasi tempatan menyertai mereka, dan mengumumkan akan menawarkan iPhone SE melalui pakej telekomunikasi mereka.

Maxis iPhone SE

Tiga syarikat telekomunikasi berkenaan adalah Celcom, Digi dan juga U Mobile. Sementara Digi dan U Mobile telah membolehkan pengguna membuat pendaftaran minat, pihak Celcom pula melalui laman mereka mengumumkan ia akan datang tidak lama lagi.

iPhone SE merupakan telefon pintar terkini daripada Apple, hadir dengan skrin bersaiz 4-inci dan dilengkapi dengan spesifikasi terkini seumpama iPhone 6S. Peranti ini turut menawarkan sokongan rakaman Live Photos, pengimbas cap jari terbina dan penyertaan NFC untuk Apple Pay.

Harga jualannya masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Apple sebelum ini telah mengatakan ia akan dijual di lebih seratus buah negara menjelang bulan Mei 2016 kelak.

Daftar Minat : U Mobile

Daftar Minat : Digi



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Celcom, Digi, Dan U Mobile Turut Akan Menawarkan iPhone SE"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info