Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Mungkin Hadir Dengan iPhone Bersaiz 5.8-inci Dengan Skrin Melengkung AMOLED Pada 2017

KGI merupakan salah satu syarikat penganalisa terkemuka, dan terkini mereka berkongsi beberapa jangkaan mereka untuk iPhone yang bakal hadir daripada Apple pada tahun hadapan, 2017.

KGI percaya yang mana Apple akan hadir dengan model telefon 5.8-inci pada tahun 2017 kelak, dimana ia akan menggunakan kaca AMOLED untuk skrinnya. Disamping itu, ia dijangka menggunakan rekaan seumpama iPhone 4, iaitu bingkai berasaskan logam dan kaca pada bahagian hadapan dan belakang. Tetapi, Apple dikatakan akan menawarkan rekaan yang lebih selesa di tangan, dan bahagian tepi bingkai yang lebih nipis.

Dengan rekaan bahagian hadapan dan belakang berasaskan kaca, Apple dijangka mungkin menggunakan kaca melengkung yang memberikan lebih keselesaan pada tangan.

Apple dijangka mungkin menawarkan iPhone bersaiz 4.7-inci dan 5.8-inci pada tahun 2017 kelak.

Diamping itu, gergasi perkomputeran dari Amerika Syarikat tersebut turut dijangka menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada telefon pintar mereka tersebut kelak.

Buat masa ini, ia hanya sekadar jangkaan daripada penganalisa sahaja. Tetapi, beberapa perkara berkaitan dengannya telah diperkatakan sejak sebelum ini sekaligus memberikan kemungkinan besar untuk Apple mengimplementasikannya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Mungkin Hadir Dengan iPhone Bersaiz 5.8-inci Dengan Skrin Melengkung AMOLED Pada 2017"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info