Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Mempatenkan Port Sambungan Aksesori Magnetik Yang Boleh Bercantum Secara Bertingkat

Sistem sambungan magnetik MagSafe ialah sistem yang membolehkan pengecas MacBook terputus dengan mudah apabila wayar ditarik dengan pantas. Ini mengelakkan komputer riba premium ini dari mengalami kerosakan akibat terjatuh. Dengan MacBook 2015, sistem MagSafe digantikan dengan sistem USB-C. Ramai di kalangan pengguna MacBook merasakan ini ialah langkah ke belakang oleh Apple kerana sistem MagSafe dirasakan lebih baik dari segi menjaga keselamatan peranti.

Paten-magsafe-bertingkat-2Apple mungkin akan mengembalikan sistem sambungan magnetik ini pada komputer riba dan peranti mudah alih mereka. Sebuah paten baru menunjukkan sambungan aksesori secara magnetik yang boleh disusun secara bertingkat. Ini membenarkan lebih daripada satu aksesori disambungkan kepada satu port sambungan yang wujud pada sesebuah peranti.

Kelebihan rekaan ini ialah tiada lagi masalah kekurangan port untuk sambungan kepada peranti Apple di masa hadapan. Kekurangan pula ialah ia menggunakan rekaan khas Apple dan aksesori baru perlu dibeli oleh pengguna.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Mempatenkan Port Sambungan Aksesori Magnetik Yang Boleh Bercantum Secara Bertingkat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info