Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi Universal Skype Untuk Windows 10 Bakal Hadir Tidak Lama Lagi

Microsoft melalui Windows 10 telah memfokuskan kepada pembangunan aplikasi berbentuk universal, yang mana boleh beroperasi bukan sahaja pada desktop, tetapi juga pada tablet dan juga telefon pintar. Terkini, lanjutan daripada pengenalan sokongan tersebut, Microsoft kini mengatakan akan hadir dengan aplikasi Skype Universal tidak lama lagi.

Skype Universal

Microsoft sebelum ini telah menyertakan integrasi Skype terus pada Windows 10. Tetapi dengan memperkenalkan aplikasi berbentuk universal ini yang mana memberikan akses pantas kepada pembangunan aplikasi panggilan video berkenaan.

Microsoft mengatakan mereka akan menawarkan aplikasi Skype Universal untuk Windows Insider, yang mana akan menyertakan sokongan asas penggunaan Skype.

Versi awal dijangka hanya akan ditawarkan kepada pengguna Windows Insider sahaja, dan ia akan terus dibangunkan berdasarkan kepada maklumbalas para pengujinya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi Universal Skype Untuk Windows 10 Bakal Hadir Tidak Lama Lagi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info