Sembang Maniac

Sembang-sembang je

AnTuTu : Snapdragon 820 Kini Menduduki Tangga Teratas, Melangkaui Apple A9

AnTuTu, salah satu aplikasi popular dalam menyemak dan membuat pengujian tanda aras, hari ini telah mengeluarkan laporan untuk awal tahun 2016 – sekaligus memperlihatkan prestasi cip pemprosesan mudah-alih yang dibandingkan antara satu sama lain.

Antutu CPU

Dalam perbandingan secara keseluruhan, cip pemprosesan Snapdragon 820 yang kini digunakan oleh kebanyakkan flagship tahun 2016 menduduki tangga teratas dengan skor sebanyak 136383. Mengikuti rapat dibelakang Snapdragon 820 adalah Apple A9, dan ia diikuti oleh masing-masing Samsung Exynos 8890 dan juga Kirin 950.

Menjadi sedikit kejutan pada laporan ini adalah apabila cip Snapdragon 650 dan Snapdragon 652, masing-masing menawarkan prestasi yang lebih tinggi daripada Snapdragon 808. Perkara ini sekaligus memperlihatkan kemungkinan peranti berspesifikasi pertengahan pada tahun ini yang mampu menawarkan sokongan prestasi yang baik seumpama telefon pintar berspesifikasi tinggi pada tahun lalu.

AnTuTu GPU

Disamping perbandingan secara keseluruhan, pihak AnTuTu turut mengeluarkan perbandingan diantara prestasi GPU – dimana sekali lagi Snapdragon 820 menduduki tangga teratas, diikuti oleh Apple A9 dan Exynos 8890.

Sedikit perubahan berlaku pada bahagian bawah, dimana memperlihatkan cip Kirin 950 menduduki tangga ke-8, dan cip Snapdragon 808 memperlihatkan penawaran yang lebih baik berbanding Snapdragon 652 – walaupun dari segi keseluruhan ianya adalah terbalik.

Pihak AnTuTu turut menekankan yang mana cip MediaTek tidak tersenarai kerana peranti yang menggunakan cip MT6797 masih tiada dalam pasaran pada hari ini.

Perbandingan dan skor yang dikeluarkan oleh AnTuTu ini boleh dikatakan dari segi teknikalnya – dan mungkin penggunaan pada dunia sebenar adalah berbeza.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "AnTuTu : Snapdragon 820 Kini Menduduki Tangga Teratas, Melangkaui Apple A9"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info