Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Airbnb Menawarkan Bilik Di Dalam Akuarium Dipenuhi 35 Ekor Jerung

Airbnb menawarkan perkhidmatan menyewa bilik dengan mudah. Kami kerap menggunakan perkhidmatan mereka sekiranya mempunyai tugasan di luar negara. Pelbagai jenis bilik boleh disewa dari yang tradisional hinggalah yang paling aneh. Mereka kini bekerjasama dengan Aquarium de Paris dan menawarkan penginapan di dalam bilik yang tenggelam 10 meter di dalam tangki yang dipenuhi 35 ekor ikan jerung.

Airbnb-jerung-1Bilik yang berdinding kaca ini membolehkan penyewa mendapat pemandangan 360 darjah dan tidur bersama dengan haiwan air paling berbahaya. Tawaran hanya dilakukan dari 11 hingga 13 April. Sekiranya anda tergolong di dalam kategori tidak fobia dengan air dan jerung, bilik unik ini pastinya mengujakan. Sebelum ini Airbnb turut pernah menawarkan penginapan di dalam litar lumba Sepang sempena perlumbaan F1.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Airbnb Menawarkan Bilik Di Dalam Akuarium Dipenuhi 35 Ekor Jerung"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info