Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pelancong Malaysia Boleh Menerima SIM Percuma Setibanya Di India Kelak

Apabila ke luar negara kami terpaksa memilih untuk menggunakan perkhidmatan perayauan data ataupun membeli SIM dari negara yang dilawati. Jika di China kami merayau kerana SIM tempatan melakukan sekatan laman yang boleh dilayari. Di negara lain pula ia bergantung kepada kos sama ada ia lebih murah dari caj yang dikenakan syarikat telekomunikasi Malaysia. Sekiranya anda ingin ke India anda tidak perlu risau tentang masalah SIM di masa hadapan. Kementerian Pelancongan India sedang mempertimbangkan memberikan SIM percuma kepada setiap pelancong yang tiba di negara mereka.

Nano-SIM

Menerusi skim yang sedang dipertimbangkan ini, setiap pelancong yang tiba akan menerima SIM percuma,peta, risalah mengandungi nombor-nombor penting dan cakera padat dengan maklumat tempat pelancongan popular. Untuk melayakkan penerimaan SIM percuma, pelancong hanya perlu menggunakan perkhidmatan visa elektronik yang diperkenalkan tahun lalu. Rakyat Malaysia ialah antara pelancong yang bole menggunakan perkhidmatan ini. Dengan pemberian SIM percuma kerajaan India berharap dapat mengurangkan masalah pelancong sukar membeli SIM kerana halangan bahasa dan penipuan oleh peniaga tidak bertanggungjawab.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pelancong Malaysia Boleh Menerima SIM Percuma Setibanya Di India Kelak"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info