Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Paten Baru Samsung Memperlihatkan S-Pen Yang Turut Boleh Digunakan Untuk Mendirikan Peranti

Samsung pada hari ini menyertakan S-Pen pada peranti keluarga Note mereka, yang mana berfungsi sebagai stylus untuk pengguna membuat catatan nota, dan mengendalikan peranti dengan pantas menggunakannya. Kini, sebuah paten baru milik Samsung turut memperlihatkan penggunaan S-Pen yang melangkaui daripada hanya sekadar stylus.

SPen Kickstand

Daripada gambaran yang diperlihatkan, ia membolehkan stylus S-Pen berkenaan dilipat pada bahagian tengah supaya ia menahan peranti dan menegakkan peranti berkenaan.

Melaluinya, ia sekaligus membolehkan pengguna untuk turut menggunakan peranti berkenaan untuk panggilan video, menonton video, dan beberapa tugasan yang lain.

Buat masa ini, ia hanya sekadar paten sahaja, dan tidak diketahui sama ada pihak Samsung akan mengimplementasikannya ataupun tidak. Bagi anda, adakah anda menyukai sekiranya stylus S-Pen boleh digunakan sebegini, ataupun tidak?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Paten Baru Samsung Memperlihatkan S-Pen Yang Turut Boleh Digunakan Untuk Mendirikan Peranti"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info