Bagi anda yang meminati anime, mungkin anda pernah mendengar akan mengenai anime Sword Art Online yang membawakan kisah dimana wataknya menggunakan peranti seumpama peranti realiti-maya, dan memainkan permainan MMO. Kini, pihak IBM ingin membawa permainan berkenaan dalam dunia nyata.
IBM Jepun mengatakan mereka telah bekerjasama dengan Bandai Namco serta Aniple untuk membawa permainan berkenaan yang dipanggil sebagai permainan VRMMO (gabungan VR dan MMO). Melalui projek ini, IBM dilihat akan menggunakan kuasa perkomputeran kognitif mereka yang akan menawarkan pihak lawan atau NPC yang lebih realistik.
Walaubagaimanapun, berbeza berbanding dengan pada anime, anda bukan akan menggunakan kawalan minda, sebaliknya akan dikawal secara gerakan.
Ujian untuk permainan ini dijangka akan dimulakan pada bulan hadapan dalam bentuk terhad, dan akan ditawarkan bermula daripada Oculus Rift terlebih dahulu, sebelum diperluaskan kepada beberapa peranti realiti-maya lain.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "IBM Mengumumkan Permainan Sword Art Online Dalam Bentuk Realiti-Maya"