Huawei sejak daripada tahun lepas telah hadir dengan pelbagai penawaran peranti premium mereka, dan terkini Huawei Malaysia dalam perancangan untuk pengenalan Huawei Mate 8. Huawei Malaysia dijangka memperkenalkannya pada awal bulan Mac kelak.
Huawei Mate 8 merupakan kemaskini kepada keluarga Huawei Mate 7 sebelum ini. Ia sepatutnya dilancarkan pada tahun lepas, tetapi ditangguhkan oleh Huawei disebabkan oleh kehadiran satu lagi peranti premium mereka dinamakan Huawei Mate S.
Huawei Mate 8 hadir dengan skrin bersaiz 6-inci, dijana menggunakan cip pemprosesan Kirin 950, kamera belakang 16-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Peranti ini turut dilengkapi dengan sokongan dwi-SIM (hibrid), dan dijana menggunakan bateri berkapasiti 4000mAh.
Huawei Mate 8 juga dijana menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dan antaramuka Huawei tersendiri, iaitu EMUi 4.0.
Daripada sumber yang kami dengar, Huawei Mate 8 dijangka berharga lebih rendah berbanding dengan Huawei Mate S. Dua variasi peranti dijangka diperkenalkan, iaitu dengan memori 4GB RAM/64GB storan, serta 3GB RAM/32GB storan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei Mate 8 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada Bulan Mac 2016"