Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei Akan Melancarkan Peranti Dengan Stylus Di MWC2016

MWC2016 semakin hampir dan jemputan kepada wakil media sudah mula diterima. Anggota redaksi Amanz juga sudah mula bersiap sedia untuk ke Barcelona dan membawakan berita terkini kepada anda semua minggu hadapan. Hari ini jemputan dari Huawei diterima dan ia jelas menunjukkan sebuah stylus dan memberikan petanda peranti yang mensasarkan golongan peniaga akan dilancarkan.

Huawei Mate Book Stylus

Peranti yang bakal dilancarkan ini mungkin Huawei Mate Book, sebuah komputer tablet Windows 10 yang tertiris rekaannya Januari lalu. Ia dijangka mempunyai skrin sebesar 12.9″, diperkasakan cip Intel dan akan bersaing secara terus dengan Microsoft Surface Pro. Terdapat juga ura-ura yang mengatakan Mate Book mungkin juga menyokong sistem operasi Android dan pengguna boleh bertukar sistem operasi dengan mudah. Segala persoalan akan terjawab dalam masa seminggu. Kami pasti akan memberikan maklumat terperinci dan pandang pertama Mate Book apabila ianya dilancarkan minggu hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei Akan Melancarkan Peranti Dengan Stylus Di MWC2016"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info