Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Honor Malaysia Hadir Dengan Program Untuk Mencuba Honor 5X Terlebih Dahulu Sebelum Beli

Honor merupakan antara jenama telefon pintar yang mempunyai komuniti yang agak kuat di Malaysia. Mereka sering hadir dengan beberapa program dalam usaha menyakinkan pengguna sebelum membeli produk mereka, dan terkini, mereka hadir dengan Honor 5X Trial Program.

Melalui program ini, pengguna boleh mendaftarkan minat untuk mencuba Honor 5X terlebih dahulu untuk tempoh sebulan sebelum membelinya. Sebanyak 50 set disediakan oleh Honor Malaysia, dan deposit RM500 perlu dilakukan sebelum menerima set berkenaan.

honor 5x

Secara tidak langsung juga, pihak Honor memperlihatkan keyakinan mereka terhadap telefon pintar baru mereka ini yang hadir dengan rekaan premium walaupun hanya menyertakan spesifikasi pertengahan.

Honor 5X membawakan skrin bersaiz 5.5-inci, rekaan kerangka berasakan logam, sokongan pengimbas cap jari, bateri berkapasiti 3000mAh, cip pemprosesan Snapdragon 615, memori 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Harga jualannya masih belum diumumkan secara rasmi buat masa ini.

Bagi anda yang berhasrat membeli peranti ini, tetapi ingin mencubanya terlebih dahulu, boleh membuat pendaftaran minat. Sekiranya anda terpilih, anda akan berpeluang mencuba peranti ini selama sebulan – dan pada masa yang sama mempunyai peluang untuk memenangi Honor 5x. Seperti biasa, baca terlebih dahulu terma dan syaratnya sebelum membuat pendaftaran minat untuk program percubaannya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Honor Malaysia Hadir Dengan Program Untuk Mencuba Honor 5X Terlebih Dahulu Sebelum Beli"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info