Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Memfailkan Paten Untuk Trak Penghantaran Barangan Yang Beroperasi Secara Automatik

Google dan pelbagai syarikat teknologi sering memfailkan paten kepada beberapa perkara yang sedang dibangunkan, ataupun idea yang mungkin digunakan mereka. Terkini, Google telah memfailkan paten untuk sebuah sistem penghantaran barangan automatik, iaitu trak penghantaran barangan yang dipandu secara automatik dan beroperasi secara sendirinya.

Trak Google

Melalui paten yang diterima Google, trak berkenaan akan menggunakan teknologi pemanduan sendiri (seumpama pada kereta automatik Google), dan pada bahagian belakang ia turut menyertakan ruangan penghantarannya. Trak berkenaan akan dilengkapi dengan sejumlah lokar yang dikunci dengan pin-pin khusus. Pin untuk membukanya akan dihantar kepada pengguna, dan apabila trak berkenaan tiba di rumah pengguna, pin berkenaan boleh digunakan secara manual atau melalui sokongan NFC untuk membuka lokar dan mengambil barangan mereka.

Setelah barangan dihantar kepada penerima, trak berkenaan secara automatik akan ke lokasi seterusnya yang telah diprogramkan.

Ia tidak diketahui lagi sama ada trak penghantaran automatik ini akan digunakan di jalan raya ataupun tidak. Google juga sebelum ini telah mengumumkan Project Wing yang ingin menggunakan dron dalam penghantaran barangan kepada pengguna.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Memfailkan Paten Untuk Trak Penghantaran Barangan Yang Beroperasi Secara Automatik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info