Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Final Fantasy IX Untuk Android Dan iOS Kini Boleh Dimuat Turun

Kepada peminat permainan klasik Final Fantasy IX, anda kini boleh mengawal Zidane dan rakan-rakan pada peranti pintar anda. Edisi Android dan iOS akhirnya boleh dimuat turun bermula hari ini. Harga jualan pada Android ialah RM 71.32 manakala pada iOS ialah sekitar RM 71. Ianya agak mahal tetapi FF IX ialah antara permainan JRPG yang terbaik pernah dihasilkan dengan watak yang masih diingati sehingga sekarang.

Final-Fantasy-IX

Tekstur grafik permainan dan video dipertingkatkan berbanding edisi asal PlayStation. Kepada pengguna PC, SquareEnix mengesahkan mereka akan melancarkan edisi PC awal tahun ini namun tarikh muktamad tidak pula diberitahu. Kami masih menanti Final Fantasi VIII untuk hadir pada peranti mudah alih. Sudah lama kami mahu berdansa dengan Rinoa Heartily di Balamb Garden dengan grafik yang lebih beresolusi tinggi. Agak aneh versi peranti pintar edisi ke lapan Final Fantasy ini tiada di dalam perancangan SquareEnix.

Final Fantasy IX Android dari Play Store
Final Fantasy IX IOS dari App Store


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Final Fantasy IX Untuk Android Dan iOS Kini Boleh Dimuat Turun"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info