Telegram sebelum ini telah memperkenalkan sokongan bot pada perkhidmatan permesejan mereka – tetapi ia terhad kepada beberapa saluran sahaja. Terkini, melalui kemaskini yang diperkenalkan untuk aplikasi berkenaan hari ini, Telegram memperluaskan penggunaan bot pada perkhidmatan mereka.
Melalui kemaskini baru ini, pengguna tidak lagi perlu menambah bot pada tetingkap sembang mereka terlebih dahulu, dan boleh memanggil serta menggunakan bot daripada mana-mana tetingkap tanpa masalah.
Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu memanggil beberapa bot, dan ia akan menyertakan kandungan terus pada tetingkap sembang anda. Antara bot yang telah sedia aktif adalah termasuk @gif, @vid, @wiki, @imdb, @bold,@pic, dan juga @bing.
Anda hanya perlu menaip nama bot berkenaan, dan seterusnya memasukkan kata kunci. Sebagai contoh, untuk memasukkan artikel berkaitan dengan Malaysia daripada Wikipedia, anda hanya perlu menaip @wiki malaysia, dan seterusnya ia akan memaparkan beberapa kandungan dan pautan berkaitan.
Perkembangan ini adalah salah satu perkembangan yang menarik, dalam usaha memudahkan lagi proses komunikasi pada aplikasi berkenaan, tanpa perlu pengguna meninggalkan perkhidmatan permesejan berkenaan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Telegram Menambah Sokongan Bot Untuk Anda Menghantar Kandungan GIF, Wikipedia Dan Lain-Lain"