Info dan ketirisan mengenai HTC boleh dikatakan antara yang banyak menjadi benar berbanding pelbagai jenama lain. Terkini, @evleaks yang sedia terkenal dalam meniriskan beberapa info berkaitan peranti HTC sebelum ini, kini berkongsi mengatakan HTC bakal memperkenalkan jam tangan pintar HTC One mereka pada Februari 2016 kelak.
Desas-desus mengenai jam tangan pintar HTC telah kedengaran sejak awal tahun ini, tetapi pihak HTC masih tidak mengumumkannya. Sebelum ini, daripada pertanyaan kami, pihak HTC mengatakan mereka ingin hadir dengan jam tangan pintar yang benar-benar menyelesaikan masalah utama pada masa kini, iaitu – bateri.
Ia tidak diketahui bagaimanakah bentuk jam tangan pintar baru daripada HTC ini kelak. Jikalau pada bulan Februari 2016, maka mungkin kita akan melihatnya diumumkan bersama-sama pelbagai peranti lain bersempena dengan Mobile World Congress.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Jam Tangan Pintar HTC One Bakal Hadir Pada Februari 2016?"