Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HP Memperkenalkan Lima Produk Baru, Termasuk Komputer Riba Bertemakan Star Wars

HP Malaysia hari ini telah memperkenalkan beberapa peranti dan produk baru untuk penghujung tahun 2015 – yang mana kesemuanya telah mula dijual di pasaran tempatan sejak beberapa minggu yang lepas. Kesemua produk baru daripada HP ini hadir dengan cip pemprosesan Intel terkini, serta menjalankan sistem operasi Windows 10.

HP Malaysia 2015

Menjadi fokus utama mereka adalah HP Spectre x2, yang mana merupakan komputer-tablet dua-dalam-satu, membawakan rekaan seumpama Surface Pro – serta dilengkapi sokongan teknologi Intel RealSense 3D dan juga USB Type-C.

Disamping itu, HP Malaysia juga turut memperkenalkan komputer riba bertemakan Star Wars mereka secara rasminya. Seperti ramai sedia maklum, ia dilengkapi dengan rekaan kerangka bertemakan Star Wars, selain turut menyertakan kandungan khusus Star Wars – termasuk gambar latar, lagu latar dan beberapa yang lain.

HP Malaysia 2015

HP Malaysia 2015

HP Star Wars Special Edition Notebook ini dilengkapi skrin bersaiz 15.6-inci, menggunakan cip Intel Core i5-6200U, memori 8GB RAM, serta ruangan storan 1TB 5400rpm SATA. Komputer riba ini turut menyertakan pembaca DVD, serta audio B&O Play.

HP Star Wars Special Edition Notebook ini telah mula dijual sejak beberapa minggu lepas pada harga RM3999.

Satu lagi komputer riba yang turut mencuri perhatian adalah HP Pavilion Gaming Notebook yang disasarkan kepada pengguna yang inginkan komputer riba untuk memainkan beberapa permainan video asas.

HP Malaysia 2015

HP Pavilion Gaming Notebook ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 15.6-inci, ruangan storan 1TB, dijana dengan cip Intel Core i5/i7, kad grafik NVIDIA GeForce GTX 950M, serta hadir dengan pilihan memori 4GB/8GB. HP Pavilion Gaming Notebook ini dijual pada harga bermula RM3499.

Untuk mereka yang inginkan komputer riba yang nipis pula, HP hadir dengan HP Envy 13 – yang turut telah dijual di pasaran tempatan sejak beberapa minggu lepas pada harga bermula RM3699. Komputer riba ini hadir dengan skrin 13.3-inci dan meneyrtakan paparan QHD+ (3200×1800 pixel), memori dalam pilihan 4GB/8GB, dan pilihan cip pemprosesan Intel Core i5/i7. Komputer riba ini menggunakan ruangan storan berasaskan SSD, iaitu dalam pilihan 128GB atau 256GB.

HP Malaysia 2015

Produk terakhir yang diperkenalkan pada hari ini oleh HP adalah kemaskini kepada HP Spectre x360 yang kini hadir dengan rekaan premium yang boleh diputarkan 360-darjah, serta hadir dengan gabungan warna gangsa dan perak. Ia turut menggunakan cip Intel Core i7-6500U, memori 8GB RAM, serta ruangan storan 256GB SSD. HP Spectre x360 Limited Edition ini dijual pada harga bermula RM4999.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HP Memperkenalkan Lima Produk Baru, Termasuk Komputer Riba Bertemakan Star Wars"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info