Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Coleco Akan Memperkenalkan Konsol Permainan Baru Berasaskan Katrij Pada 2016

Coleco merupakan salah satu syarikat permainan dari Amerika Syarikat yang memfokuskan kepada konsol-konsol berbentuk retro. Mereka sebelum ini hadir dengan beberapa konsol memfokuskan permainan berbentuk katrij, dan terkini mereka turut dalam perancangan untuk memperkenalkan sebuah konsol baru pada tahun hadapan.

Coleco Chameleon

Dinamakan sebagai Coleco Chameleon, konsol berasaskan katrij berkenaan bakal diperkenalkan pada awal tahun 2016 kelak – dan akan menyokong permainan berbentuk 8-bit, 16-bit dan juga 32-bit. Walaubagaimanapun, permainan yang akan ditawarkan khusus untuknya masih tidak diumumkan buat masa ini.

Pihak Coleco dijangka berkongsi lanjut berkenaan dengan Coleco Chameleon ini pada bulan Februari 2016 – dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut berkaitan dengan harga dan tarikh jualannya ketika itu.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Coleco Akan Memperkenalkan Konsol Permainan Baru Berasaskan Katrij Pada 2016"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info