Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Volvo Concept 26 Ingin Memberikan Pengalaman Pemanduan Baik Ketika Dalam Kereta

Pelbagai syarikat kenderaan yang memfokuskan kepada kenderaan yang boleh dipandu secara automatik, tetapi jarang kita melihat bagaimanakah rekaan dalam kenderaan yang dijangka pada masa akan datang dalam kenderaan yang dipandu automatik ini.

Volvo Concept 26

Volvo mengambil peluang awal dalam arena ini, dan memperlihatkan konsep bagaimanakah bahagian dalaman sesebuah kenderaan ketika ia sedang dipandu secara automatik.

Daripada apa yang diperlihatkan oleh Volvo, mereka menyediakan sebuah tablet pada bahagian tepi tempat duduk pemandu. Sebaik sahaja memasuki kenderaan, pengguna hanya perlu memilih lokasi yang ingin dituju, dan seterusnya memilih mod tetapan untuk kaedah bagaimana mereka ingin duduk.

Seterusnya, tempat duduk akan diubah secara automatik, termasuk stering yang dianjak kedalam sedikit untuk memberi keselesaan kepada pemandu. Bahagian dashboard juga berubah memaparkan skrin tambahan untuk pengguna melihat informasi atau menonton video dan sebagainya.

Volvo Concept 26 ini masih lagi pada peringkat pembangunan, dan kita mungkin melihat lebih banyak perubahan dilakukan oleh Volvo sebelum menyertakan ia pada kenderaan dipandu automatik mereka – yang mungkin mengambil masa yang lama lagi sebelum dipasarkan kepada umum.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Volvo Concept 26 Ingin Memberikan Pengalaman Pemanduan Baik Ketika Dalam Kereta"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info