Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Telekom Malaysia Memperkenalkan TM Re – Membantu Startup Percepat Pemasaran Idea Dan Produk

Telekom Malaysia merupakan salah satu syarikat memfokuskan teknologi terkemuka di Malaysia, namun kita jarang mendengar mereka menyokong meperkembangan arena startup atau usahawan tempatan. Kini, dalam usaha mengubahnya, Telekom Malaysia hadir dengan program baru dinamakan sebagai TM RE.

Melalui TM RE, ia merupakan salah Accelerator Programme yang menyediakan beberapa bantuan kepada syarikat atau individu kecil yang ingin menguji dan membangunkan idea mereka.

RE

TM RE menyediakan beberapa bantuan, termasuk ruangan pejabat untuk tiga orang selama tiga bulan, akses kepada makmal ujian TM R&D, akses kepada inkubator MMU, nasihat daripada mentor, akses kepada infrastruktur awan milik TM, bantuan pemasaran bernilai RM125,000, dan pelbagai sokongan yang lain.

TM juga bekerjasama dengan beberapa nama besar untuk menjayakan program ini, termasuk Cradle, Microsoft, Huawei dan TechStars.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh menyemak laman rasmi TM RE hari ini, dan mendaftarkan diri dalam membangunkan dan merealisasikan idea anda.

Layari : TM RE


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Telekom Malaysia Memperkenalkan TM Re – Membantu Startup Percepat Pemasaran Idea Dan Produk"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info