Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Teknologi Pelagak PS2 Digunakan Untuk Membawa Permainan PS2 Ke PS4

PlayStation 2 merupakan salah satu konsol permainan popular daripada Sony, dan mempunyai ribuan permainan ditawarkan, termasuk pelbagai permainan popular. Dalam usaha memudahkan pengguna menikmati kembali permainan lama, pihak Sony kini dilihat menyertakan teknologi pelagak (emulator) PlayStation 2 untuk PlayStation 4.

PlayStation 2

Ini sekaligus membolehkan para pengguna PlayStation 4 memainkan permainan lama PlayStation 2 dengan mudah. Perkara ini diperlihatkan dengan pengenalan beberapa permainan Star Wars lama untuk pengguna PlayStation 4 sebagai penawaran tambahan untuk pra-tempahan permainan.

Seperti ramai sedia maklum, melalui teknologi pelagak ini, ia membolehkan permainan lama dimainkan pada konsol generasi baru – tetapi masih mengekalkan kaedah dan persekitaran teknologi yang lebih kurang sama, sekaligus menawarkan pengalaman permainan seumpama bermain pada konsol asal.

Membezakan dengan port, ketika menggunakan permainan melalui teknologi pelagak ini, pengguna akan dipaparkan dengan menu untuk mengawal alat kawalan, selain logo permulaan yang masih menggunakan logo PlayStation 2. Penggunaan kad memori juga turut diperlihatkan pada bahagian memori – yang mana tidak akan berlaku jika permainan berkenaan merupakan versi port atau remastered.

Dengan pengenalan sokongan ini, mungkin kita akan melihat lebih banyak permainan PlayStation 2 diterbitkan semula untuk pengguna PlayStation 4.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Teknologi Pelagak PS2 Digunakan Untuk Membawa Permainan PS2 Ke PS4"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info