Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Memudahkan Pengguna Android Mengetahui Kewujudan Aplikasi Kegemaran Mereka Di Windows Phone

Microsoft sering membuat pelbagai usaha dalam menarik ramai pengguna untuk menggunakan sistem operasi mudah-alih mereka tersendiri, iaitu Windows Phone (atau Windows 10 Mobile). Kini, sebagai salah satu usaha untuknya, Microsoft melancarkan aplikasi dinamakan AppComparison untuk Android.

Microsoft AppComparison

Microsoft AppComparison

Melalui aplikasi AppComparison, ia memudahkan pengguna Android yang ingin beralih ke platform Windows 10 Mobile mengetahui apakah aplikasi kegemaran mereka terdapat pada platform berkenaan. Menggunakannya, anda boleh melihat apakah aplikasi bersesuaian – malah Microsoft turut mencadangkan beberapa aplikasi lain yang menawarkan fungsi lebih kurang sama sekiranya penerbit asal aplikasi tersebut tidak menawarkan aplikasi berkenaan di Windows Phone.

Jika anda merupakan pengguna Android dan dalam perancangan untuk beralih ke platform Windows Phone (atau Windows 10 Mobile), mungkin aplikasi ini sangat berguna untuk anda memindahkan data sedia ada ke platform mudah-alih baru berkenaan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Memudahkan Pengguna Android Mengetahui Kewujudan Aplikasi Kegemaran Mereka Di Windows Phone"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info