Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LG Pay Diperkenalkan – Bekerjasama Dengan Syarikat Kad Kredit Di Korea Selatan

LG hari ini telah pun memperkenalkan perkhidmatan LG Pay mereka secara rasminya, sekaligus turut menyertai arena dompet digital – seperti mana yang telah disertai Apple melalui Apple Pay, Google dengan Android Pay dan Samsung dengan Samsung Pay.

LG Pay

LG untuk pelancaran LG Pay ini telah bekerjasama dengan penyedia kad kredit di Korea Selatan, iaitu Shinhan Card dan KB Kookmin Card. Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak LG akan memperkenalkan perkhidmatan LG Pay ini untuk pasaran luar Korea Selatan – memandangkan dengan pengumuman rakan kerjasama, ia dilihat lebih tertumpu ke pasaran negara asal mereka.

Teknologi yang akan digunakan oleh LG Pay juga masih tidak diketahui lagi, dan dikatakan akan dikongsikan mereka dalam beberapa minggu lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LG Pay Diperkenalkan – Bekerjasama Dengan Syarikat Kad Kredit Di Korea Selatan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info