Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lenovo Vibe P1 dan P1m Dilancarkan Di Malaysia – Peranti Bateri Berkapasiti Besar

Dua peranti baru di dalam keluarga Vibe dilancarkan di Malaysia hari ini. Lenovo Vibe P1 dan P1m adalah dua peranti yang dilengkapi bateri besaiz besar. Vibe P1 dilengkapi skrin 5.5” FHD, pemproses Snapdragon 615, RAM sebesar 2 Gigabyte dan muatan dalaman sebesar 32 Gigbyte (mikroSD sehingga 128 Gigabyte). Kemampuan optik adalah 13 Megapixel pada bahagian belakang dan 5 Megapixel pada bahagian hadapan. Peranti phablet ini dilengkapi batreri sebesar 5000 mAh. Sebuah pengimbas cap jari juga disertakan dan ianya terbina pada bahagian butang home di dagu peranti.

Lenovo Vibe P120151119_155458 Lenovo Vibe P120151119_155504

 

Vibe P1M pula adalah peranti dengan skrin 5.0” 720P, pemproses MediaTek 6735P, RAM sebesar 2 Gigabyte dan muatan dalaman sebesar 16 Gigabyte (microSD sehingga 32 Gigabyte). Kemampuan optik pula ialah 8 Megapixel pada bahagian belakang dan 5 Megapixel pada bahagian hadapan. Bateri P1m pula adalah sebesar 4000 mAh.

Kedua-dua peranti menyokong dwi SIM dan rangkaian 4G. Kedua-dua sim boleh berfungsi secara serentak dan terdapat slot kad MikroSD berasingan. Menurut Lenovo sistem pengecasan pantas yang digunakan dapat mengecas peranti sepenuhnya dalam masa lebih kurang dua jam. Sekiranya anda mahu, Vibe P1 boleh berfungsi sebagai power bank mengecas peranti lain. Harga jualan untuk Lenovo P1 ialah RM 1199 manakala untuk P1M ialah RM 649. Dengan dua peranti terkini Lenovo ini anda tidak perlu risau kehabisan bateri dengan pantas.

Lenovo Vibe P1mLenovo-Vibe-P1m20151119_160124 Lenovo Vibe P1mLenovo Vibe P1m20151119_160131

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lenovo Vibe P1 dan P1m Dilancarkan Di Malaysia – Peranti Bateri Berkapasiti Besar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info