Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lenovo Menyenaraikan Peranti Yang Akan Menerima Android 6.0 Marshmallow

Seperti yang kami laporkan awal pagi tadi, kadar penggunaan Android Marshmallow baru mencecah 0.3%. Ini meletakkannya sebagai versi Android kedua terendah selepas Froyo. Sementara itu versi Android paling popular masih lagi Kit Kat. Beberapa pengeluar seperti Sony, Huawei dan Motorola sudahpun mengeluarkan senarai peranti yang akan menerima Marshmallow serta jadual bilakah kemas kini akan boleh dimuat turun. Hari ini tiba giliran Lenovo pula untuk mengumumkan senarai mereka.

Lenovo

Peranti yang akan menerima Marshmallow ialah K3 Note, Vibe S1, Vibe P1, A7000 dan A7000 Plus. Senarai yang diberikan ini adalah pendek dan kami berharap bukanlah senarai akhir. Tarikh bilakah kemas kini akan diberikan juga turut mengecewakan.  Vibe S1 dan Vibe P1 akan menerima kemas kini OTA pada Jun 2016. K3 Note, A7000 dan A7000 Plus akan menerima kemas kini OTA pada bulan September. Jelas sekali ini meletakkan Lenovo sebagai antara syarikat paling perlahan dalam melakukan kemas kini Marshmallow setakat ini. Apabila kemas kini lambat dilakukan, kerentanan yang wujud pastinya lambat diperbaiki. Keselamatan data pengguna kemudian pastinya terancam.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Lenovo Menyenaraikan Peranti Yang Akan Menerima Android 6.0 Marshmallow"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info