Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Fungsi Continuum Windows 10 Mobile Hanya Disokong Peranti Dengan Snapdragon 810 dan 808

Dengan Windows 10 Microsoft cuba merubah dunia peranti mudah alih dan juga komputer yang digunakan seharian. Sebuah sistem operasi universal diperlukan bagi memudahkan kesemua peranti pelbagai saiz anda berinteraksi antara satu sama lain. Pada Windows 10 Mobile mereka memperlihatkan fungsi Continuum. Apabila dipasang pada dok khas, telefon pintar yang menggunakan sistem operasi ini akan berubah menjadi sebuah komputer desktop. Secara teorinya anda tidak perlu lagi membawa komputer riba ke pejabat kerana telefon pintar anda dapat menggantikannya. Continuum adalah fungsi menarik yang kami akui membuatkan kami mahu memiliki sebuah peranti Windows 10 Mobile.

Acer Jade Primo

Microsoft hari ini memberikan lebih banyak maklumat mengenai spesifikasi peranti yang mampu menjalankan Continuum. Peranti harus menggunakan pemproses Snapdragon 810 ataupun 808, RAM sekurang-kurangnya 2 Gigabyte, muatan dalaman 8 Gigabyte, Bluetooth 4.0 dan sokongan WiFi 802.11n. Bagi peranti dengan skrin 1080P, keperluan RAM dipertingkatkan kepada 3 Gigabyte bagi menjamin kelancaran operasi. Hanya tiga peranti memenuhi keperluan ini buat masa ini iaitu  Lumia 950, Lumia 950 XL  dan Acer Jade Primo.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Fungsi Continuum Windows 10 Mobile Hanya Disokong Peranti Dengan Snapdragon 810 dan 808"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info