Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi DahMakan Dilancarkan Untuk Android – Memudahkan Anda Tempah Makanan Sihat

DahMakan merupakan salah satu penyedia perkhidmatan tempatan yang membolehkan pengguna membuat tempahan makanan sihat. Mereka memfokuskan kepada makanan tengah-hari, dimana setiap hari, menu yang berbeza-beza diketengahkan.

Dah Makan

Sehingga sebelum ini, pihak DahMakan memfokuskan kepada penerimaan tempahan daripada pengguna melalui web rasmi mereka, dan kini mereka tuurt memudahkan pengguna dengan melancarkan aplikasi rasmi untuk Android.

Melalui aplikasi Android ini, mereka memaparkan menu yang ditawarkan, selain pengguna boleh menyemak bahan yang digunakan untuk setiap menu berkenaan.

Pengguna turut boleh membuat tempahan terus melalui aplikasi ini, dan memilih untuk membuat pembayaran melalui kad kredit atau tunai.

Bagi anda yang ingin mencuba perkhidmatan DahMakan ini, mungkin boleh memuat-turun aplikasi rasmi mereka di Google Play Store hari ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi DahMakan Dilancarkan Untuk Android – Memudahkan Anda Tempah Makanan Sihat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info