Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Dua Pemproses A9 Berbeza Digunakan Pada iPhone 6S/6S Plus Mengakibatkan Perbezaan Kemampuan Dan Ketahanan Bateri

Apple iPhone 6S dan 6S Plus kedua-duanya diperkasakan pemproses Apple A9. Namun mungkin ramai tidak tahu Apple menggunakan pemproses yang dihasilkan oleh Samsung dan juga TSMC. Kini muncul bukti terdapat perbezaan dari segi kemampuan memproses dan ketahanan bateri bergantung kepada pemproses A9 mana yang digunakan di dalam peranti. Secara keseluruhan iPhone 6S dan 6S plus yang dilengkapi A9 keluaran TSMC akan mencatatkan markah penanda aras lebih tinggi dan bateri yang bertahan sejam lebih lama berbanding A9 keluaran Samsung.

iPhone 6S

Dari segi penggunaan harian, perbezaan penanda aras ini tidak akan disedari oleh pengguna kerana terlalu kecil. Perbezaan dari segi ketahanan bateri adalah lebih nyata kerana sejam adalah perbezaan yang besar dalam penggunaan seharian. Pihak Apple sudahpun mengeluarkan kenyataan mengenai perbezaan di antara dua cip A9 ini. Menurut mereka ujian bateri yang perbezaan ketahanan selama sejam adalah tidak tepat kerana berbeza dari penggunaan peranti di dunia sebenar. Mereka juga mendakwa dalam ujian yang mereka lakukan sendiri, perbezaan ketahanan bateri di antara dua cip ini hanyalah sekitar 2-3%.

Kepada mereka yang berminat untuk membeli iPhone 6S/6S Plus di Malaysia, tidak ada tanda pada kotak untuk menunjukkan cip pempross yang manakah digunakan peranti. Anda hanya boleh berharap mempunyai nasib yang baik menerima peranti dengan A9 keluaran TSMC yang lebih berkuasa serta bateri tahan lebih lama.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Dua Pemproses A9 Berbeza Digunakan Pada iPhone 6S/6S Plus Mengakibatkan Perbezaan Kemampuan Dan Ketahanan Bateri"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info