Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Astro Memperkenalkan On Demand – Membolehkan Menonton Rancangan Mengikut Keselesaan Masa Anda

Astro merupakan siaran televisyen satelit yang digunakan di Malaysia, dan terkini mereka telah memperkenalkan sebuah penawaran baru dinamakan sebagai Astro On Demand. Melaluinya, ia membolehkan pengguna menonton rancangan kegemaran pada bila-bila masa dengan mudah.

Untuk menikmati sokongan Astro On Demand ini, pengguna terlebih dahulu perlu menyambungkan dekoder PVR mereka di rumah kepada akses internet. Sebaliknya, pengguna juga turut boleh menggunaka aplikasi Astro On The Go di peranti mudah-alih untuk menikmati fungsi serupa.

Astro On Demand

Dengan adanya On Demand ini, kini pengguna boleh menonton rancangan siri-TV ataupun filem mengikut keselesaan masa mereka tanpa perlu mengikuti jadual rancangan seperti kebiasaan. Pengguna juga turut boleh menonton siri-TV secara berterusan tanpa perlu menunggu kepada minggu-minggu akan datang untuk menonton episod baru.

Terdapat tiga penawaran On Demand disediakan oleh Astro, iaitu OD Free, OD Plus dan juga OD Store.

Melalui OD Free, pelanggan Astro boleh menyambungkan PVR kepada WiFi dan menikmati sejumlah kandungan yang ditawarkan secara percuma.

OD Plus pula membolehkan pengguna mengakses kepada sejumlah besar kandungan siri-TV dan juga filem pada harga langganan RM15.90 sebulan.

Sementara OD Store pula membolehkan pengguna memilih rancangan yang diinginkan dan membayar untuk rancangan tersebut secara individu.

Sebagai fasa pengenalan, Astro menawarkan akses On Demand Plus secara percuma selama 3 bulan, dan hanya memerlukan pengguna memulakannya dengan menyambungkan PVR mereka kepada internet.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Astro Memperkenalkan On Demand – Membolehkan Menonton Rancangan Mengikut Keselesaan Masa Anda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info