Pada 2 Oktober lalu, bekas penyampai radio AMP Radio, Zarith Adzmira Mohd Amin atau lebih mesra dipanggil Ira telah selamat melahirkan anak lelaki keduanya di Hospital Kuala Lumpur.
Bayi seberat 3.37 kilogram itu dilahirkan secara normal jam 7.47 malam. Ira turut berkongsi gambar wajah anaknya di laman Instagram miliknya.
Putera kedua Ira diberi nama Mohamad Sufi Zuhair yang membawa maksud yang terpuji, ahli tasawuf yang tenang dan bercahaya keindahan.
Anak sulung Ira iaitu Saif Zairil sudah berusia dua tahun. Ira sudah empat tahun berkahwin dengan Aril Razali.
"Syukur atas kurniaan ini. Harapnya dia akan menjadi anak yang soleh dan terbaik untuk keluarga kami," ujar Ira dipetik sebagai berkata.
Ira kali terakhir ke udara di radio ERA ialah pada 1 Januari lalu. Sebelum ditempatkan di stesen radio Era FM, Ira terlebih dulu menimba pengalaman di radio Hot FM selama dua tahun sebagai pelatih dan kemudiannya diserap dalam pengurusan.
Selepas Hot FM, Ira mendapat tawaran menjadi penyampai radio di XFM dan kali pertama bersiaran, dia bergandingan dengan Nana Mahazan.
Sumber: BH
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "4 GAMBAR - BEKAS PENYAMPAI RADIO, IRA SELAMAT LAHIRKAN 'BABY BOY'"