Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony Melancarkan Portal Baru Untuk Memudahkan Pengguna Xperia Menemui Rekaan Tema Baru

Sony pada tahun lepas telah memperkenalkan sokongan Xperia Theme, iaitu kebolehan untuk pengguna mengubah tema telefon Xperia mereka dari segi ikon, gambar latar, dan beberapa ciri-ciri lain peranti. Hari ini, dalam usaha memudahkan pengguna menemui tema-tema baru daripada komuniti mahupun jenama popular, mereka mengemaskini laman tema mereka, Xperia Themes.

Sony Xperia Themes

Melalui portal baru ini, Sony memudahkan lagi pengguna Xperia untuk menemui tema-tema baru, dan pengguna boleh memuat-turunnya terus daripada Play Store melalui pautan yang disediakan pada laman berkenaan.

Disamping itu, Sony juga turut membolehkan pengguna untuk membuat rekaan tema mereka tersendiri dengan menyediakan Theme Creator Beta.

Layari : Xperia Themes


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sony Melancarkan Portal Baru Untuk Memudahkan Pengguna Xperia Menemui Rekaan Tema Baru"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info