Selepas sebulan Samsung melancarkan Galaxy Note 5 dan S6 Edge+ di New York, kini peranti tersebut telah hadir untuk pasaran tempatan, dan menjadikan Malaysia antara negara terawal yang menerima peranti ini. Galaxy Note 5 dijual pada harga RM 2,699 manakala Galaxy S6 Edge+ dijual pada harga RM 3,099.
Samsung Galaxy Note 5 merupakan phablet terkini dari Samsung membawakan cip pemprosesan Exynos (2.1GHz Quad + 1.5GHz Quad) lapan-teras 64 bit dengan 4GB RAM LPDDR4. Ia mempunyai skrin bersaiz 5.7-inci Quad HD Super AMOLED dengan resolusi 2560 x 1440 518ppi. Dari segi kapasiti storan, ia mempunyai storan terbina sebesar 32GB namun tidak mempunyai slot kad Mikro-SD. Telefon yang beroperasi menggunakan sistem operasi Android Lollipop ini turut menyokong LTE dan untuk pasaran tempatan hadir dengan versi dwi-SIM.
Dari segi kamera, telefon ini mempunyai sensor pengimejan 16MP f1.9 dengan penstabil imej optikal (OIS) untuk kamera utama manakala kamera hadapan mempunyai sensor sebesar 5MP f1.9. Membezakan Galaxy Note 5 dengan Galaxy S6 Edge+ adalah S-Pen baru pada Note 5 manakala S6 Edge mempunyai kesemua spesifikasi yang sama, namun mempunyai bucu skrin yang melengkung.
Samsung juga turut mengadakan promosi khusus dimana bagi 200 pengguna terawal yang membeli peranti ini di jerayawara Samsung pada 4-9 September ini akan memperoleh diskaun 50% untuk pembelian kedua Galaxy Note 5 dan Galaxy S6 Edge+. Pada masa yang sama juga tawaran tukar-ganti turut diberikan membolehkan pengguna membawa telefon lama ke mana-mana cawangan kedai berdaftar Samsung yang terdekat dan bergantung kepada model tersebut, pengguna boleh memperoleh nilai tukar-ganti sehingga RM 1,150. Selain dari itu bagi pelanggan yang membeli peranti ini di jerayawara Samsung, mereka juga akan menerima powerbank berkapasiti 11,300 mAh dan juga pengecas tanpa wayar yang bernilai RM 537 selagi stok masih ada.
Jerayawara Samsung bertempat di Sunway Pyramid Petaling Jaya, Gurney Plaza Pulau Pinang dan Sutera Mall Johor Bahru. Selain dari tawaran khusus buat peranti, Samsung juga turut menawarkan langganan percuma perkhidmatan penstriman filem dan drama dari iFlix selama 6 bulan untuk pembelian kedua jenis peranti ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Memulakan Penjualan Galaxy Note 5 & Galaxy S6 Edge+ Di Malaysia"