Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lenovo Memperkenalkan Vibe S1 – Telefon Pintar Pertama Dengan Dwi-Kamera Hadapan Untuk Selfie

Persaingan sihat dalam arena telefon pintar memperlihatkan ramai pengeluar hadir dengan pelbagai penawaran berbeza-beza kepada pengguna. Terkini, Lenovo mengumumkan sebuah telefon pintar mereka yang menyertakan dua kamera pada bahagian hadapan, iaitu Lenovo Vibe S1.

Lenovo Vibe S1

Lenovo Vibe S1 membawakan kamera hadapan 8-megapixel yang berfungsi merakamkan gambar, serta kamera kedua 2-megapixel yang berfungsi untuk merakamkan informasi berkaitan depth. Dengan mengabungkan kedua-duanya, Vibe S1 menawarkan kualiti rakaman selfie yang berbeza berbanding pelbagai pesaing lain di pasaran.

Sebaik selepas merakamkan gambar, pengguna turut boleh membuat beberapa penyuntingan gambar, termasuk seperti menambah kesan bokeh, membuat fokus semula, serta membuat beberapa perkara lain. Lenovo turut mengatakan gambar pengguna boleh “dipotong” dan kemudian digabungkan pada gambar lain melalui penggunaan dwi-kamera ini serta aplikasi yang ditawarkan.

Lenovo Vibe S1

Selain daripada dwi-kamera hadapan, Lenovo Vibe S1 membawakan skrin bersaiz 5.0-inci, dijana menggunakan cip MediaTek MT6752 64-bit, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Untuk rakaman gambar menggunakan kamera belakang, Lenovo menyertakan sensor 13-megapixel pada peranti ang menyokong dwi-SIM ini.

Lenovo Vibe S1 akan ditawarkan bermula bulan November ini, dan harga serta tarikh pelancaran akan berbeza mengikut negara.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Lenovo Memperkenalkan Vibe S1 – Telefon Pintar Pertama Dengan Dwi-Kamera Hadapan Untuk Selfie"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info