Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Acer Mengambil-Alih Xplova – Syarikat Memfokuskan Kepada Teknologi GPS Untuk Basikal

Acer selain mengumumkan beberapa produk baru, hari ini turut mengumumkan pengambil-alihan sebuah syarikat baru, dinamakan sebagai Xplova. Xplova ini merupakan sebuah syarikat yang memfokuskan kepada teknologi GPS untuk basikal.

Acer Xplova

Acer Xplova

Xplova menjual peranti GPS kepada penunggang basikal dalam memudahkan mereka memantau perjalanan dan laluan, selain turut menyediakan sokongan navigasi dan kebolehan untuk menganalisa aktiviti pengguna.

Acer dikatakan akan mengintegrasikan teknologi Xplova pada penawaran produk mereka, disamping pada masa yang sama terus melabur pada pelbagai teknologi baru.

Acer tidak mengumumkan harga pengambil-alihan, dan hanya mengatakan Xplova kini mempunyai lebih kurang 15,000 ahli yang menggunakannya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Acer Mengambil-Alih Xplova – Syarikat Memfokuskan Kepada Teknologi GPS Untuk Basikal"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info