Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Melancarkan MIUI7 Berasaskan Kepada Android 5.0 Lollipop Di China – Pelancaran Antarabangsa Minggu Hadapan

Setelah hadir dengan teaser sebelum ini, hari ini Xiaomi secara rasminya telah pun memperkenalkan MIUI7 kepada umum. Namun, tidak banyak perkara berkaitan dengannya yang dikongsikan buat masa ini – berkemungkinan kerana apa yang ditawarkan adalah versi China, dan pelancaran antarabangsa untuknya dijadualkan pada minggu hadapan di India.

MIUI7 berasaskan kepada Android 5.0 Lollipop, dan seperti biasa ia hadir dengan antaramuka tersendiri daripada Xiaomi.

Xiaomi MIUI7

Xiaomi MIUI7

MIUI7 dikatakan menawarkan pemprosesan dan penggunaan kuasa yang lebih efisyen berbanding sebelumnya – sekaligus membolehkan pengguna menggunakan peranti untuk masa yang lebih lama.

Xiaomi turut menekankan kepada sokongan tema pada MIUI yang membolehkan pengguna membuat perubahan pada peranti mereka mengikut apa yang digemari.

Disamping itu, salah satu fungsi baru yang turut hadir adalah pengecaman wajah pada galeri – berkemungkinan memudahkan anda untuk membuat carian gambar dan sebagainya.

Xiaomi MIUI7

Xiaomi MIUI7

MIUI7 akan ditawarkan di China bermula minggu ini – dimana ia akan hadir ke Xiaomi Mi3, Mi4, Mi Note, Redmi dan juga Redmi Note.

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai MIUI7 pada acara yang dijadualkan di India pada minggu hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Melancarkan MIUI7 Berasaskan Kepada Android 5.0 Lollipop Di China – Pelancaran Antarabangsa Minggu Hadapan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info