Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Touchjet WAVE – Mengubah Televisyen LED Menjadi Tablet Android Gergasi

Baru tadi kami laporkan Surface Hub akan dilancarkan pada Januari 2016 pada harga yang tidak mampu milik. Apakah alternatif yang ada di pasaran kepada mereka yang mahukan fungsi skrin sesentuh gergasi tetapi pada harga yang lebih marhaen. Jawapannya mungkin Touchjet WAVE. Ia mengubah sebuah TV LED biasa kepada sebuah tablet gergasi lengkap dengan sokongan skrin sesentuh.

Touchjet Wave 1

Hanya pasangkan WAVE di bahagian atas skrin TV dan masukkan input kepada port HDMI sedia ada. Menurut Touchjet, WAVE boleh digunakan oleh televisyen dengan skrin sebesar di antara 20″-80″. Ia diperkasakan pemproses 1.2 GHz empat teras ARM Cortex-A9, RAM 1 Gigabyte dan muatan dalaman sebesar 8 Gigabyte. Sistem operasi Android 4.4.4 digunakan dan ini bermakna televisyen LED anda kini menjadi sebuah televisyen pintar Android. Terdapat dua port USB 2.0 dan satu port MikroUSB yang menyokong fungsi USB OTG. Menerusi aplikasi khas, fungsi WAVE turut boleh dikawal menggunakan telefon pintar Android dan iOS yang dimiliki pengguna.

Touchjet WAVE masih mengumpulkan dana. Harga pengenalan adalah $99 sebuah manakala harga jualan sebenar ialah $189 sebuah. Ini adalah jauh lebih murah dari membeli sebuah televisyen pintar ataupun Surface Hub.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Touchjet WAVE – Mengubah Televisyen LED Menjadi Tablet Android Gergasi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info