Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Melancarkan Galaxy Note 5 Dan Galaxy S6 Edge – Versi Dwi-SIM Akan Ke Malaysia

Samsung hari ini secara rasminya melancarkan dua telefon pintar terbaru mereka, iaitu Galaxy Note 5 dan juga sebuah phablet baru dengan sokongan skrin pada bahagian tepi di kedua-dua arah, dinamakan sebagai Galaxy S6 Edge+.

Samsung Galaxy Note 5

Galaxy Note 5 merupakan phablet terbaru daripada Samsung dibawah keluarga Galaxy Note. Mereka sering mengemaskini keluarga Note sekitar bulan September, dan pada tahun ini ia diawalkan beberapa minggu.

Galaxy Note 5 hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci dengan paparan Quad HD Super AMOLED, cip pemprosesan lapan-teras 14nm 64bit, memori 4GB RAM, serta kamera belakang 16-megapixel dengan sokongan penstabilan imej optikal.

Pihak Samsung turut memfokuskan kepada S-Pen pada peranti ini, dimana ia boleh dikeluarkan dengan menekan, dan tidak lagi perlu mencungkilnya keluar seperti sebelum-sebelum ini.

Untuk tujuan pengecasan pula, Samsung menyertakan sokongan pengecasan tanpa-wayar seperti sebelumnya, dan masih kekal menggunakan panel pengecasan berasaskan USB 2.0.

Samsung Galaxy S6 Edge+

Sementara Galaxy S6 Edge+ pula merupakan telefon pintar bersaiz besar daripada keluarga Galaxy S6 Edge sebelum ini. Ia membawakan spesifikasi yang menyerupai Galaxy Note 5, tetapi tanpa sokongan S-Pen.

Sebaliknya, dengan penggunaan skrin pada bahagian tepi, ia membawa kepada beberapa ciri-ciri tambahan – termasuk penggunaan Apps Edge yang membolehkan pengguna mengakses aplikasi daripada bahagian tepi. Pengguna juga kini boleh menetapkan Edge Handler pada mana-mana posisi – kiri atau kanan, atas atau bawah.

Kedua-dua peranti ini akan memasuki pasaran Malaysia. Samsung mengatakan kedua-dua variasi peranti ini yang akan hadir ke pasaran Malaysia adalah versi dwi-SIM.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Melancarkan Galaxy Note 5 Dan Galaxy S6 Edge – Versi Dwi-SIM Akan Ke Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info