#SpenGate ialah masalah yang berlaku apabila stylus Samsung Galaxy Note 5 dimasukkan terbalik sehingga tersekat di dalam tempat simpanannya. Apabila cuba ditarik keluar kerosakan akan berlaku kepada sensor peranti menyebabkan Air Command tidak terlancar secara automatik. Pihak Samsung sudahpun memberikan saranan kepada pengguna supaya jangan memasukkan S Pen secara terbalik. Kepada mereka yang mahu memiliki Galaxy Note 5 apabila ia dilancarkan di Malaysia kelak, anda mungkin perlu melihat video di bawah. Ianya cara mengeluarkan S Pen tersekat secara mudah sekiranya anda secara tidak sengaja memasukkannya secara terbalik. Anda hanya perlu menggunakan sekeping kertas dan ni adalah penyelesaian teknologi rendah untuk menyelesaikan masalah yang berlaku pada peranti berteknologi tinggi.
[yotue https://www.youtube.com/watch?v=oEUaeGYhTlk]
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "S Pen Galaxy Note 5 Tersekat? Ini Penyelesaian Paling Murah Dan Mudah"