LG hari ini telah memperkenalkan salah satu aksesori menarik untuk peranti mudah-alih, terutamanya tablet – iaitu sebuah papan kekunci mudah-alih. Dinamakan sebagai LG Rolly Keyboard, ia membawakan papan kekunci bersaiz penuh yang dihubungkan menggunakan Bluetooth.
Apa pun, menariknya mengenai papan kekunci ini adalah rekaannya yang boleh digulungkan dan dibawa ke mana-mana dengan mudah. LG sendiri melalui video pengenalan untuk produk ini memperlihatkan kebolehan untuk menggunakannya bersama-sama tablet, selain turut boleh digunakan bersama peranti kedua – sebagai contoh telefon – pada waktu yang sama.
Harga jualannya masih tidak diumumkan lagi, dan pihak LG dijangka akan memasarkan ia dibeberapa negara terpilih bermula bulan September ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LG Rolly Keyboard Diperkenalkan Untuk Peranti Mudah-Alih, Boleh Digulung Dan Dibawah Ke Mana-Mana"