Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Konsep) Time Whistle – Wisel Pintar Menyelesaikan Masalah Masa Tambahan Perlawanan Bola Sepak

Cuba fikirkan situasi ini. Pasukan kegemaran anda sedang ketinggalan satu gol dan perlu menjaringkan gol bagi memastikan sekurang-kurangnya satu mata. Seorang pemain lawan tiba-tiba berlakon mengalami kecederaan ala Ronaldo dua minit sebelum lengkap 90 minit masa permainan. Maka “rawatan” diberikan dan perlawanan dihentikan seketika. Perlawanan disambung dan pasukan anda menyerang gol lawan. Ketika pasukan anda rancak menyerang wisel penamat ditiup dan anda membantah kerana merasakan ada lebih banyak masa kecederaan harus ditambah. Pengadil enggan mendengar protes dari pemain dan perlawanan tamat.

Time-Whistle-2

Ini adalah masalah lama yang berlaku di dalam perlawanan bola sepak. Sungguhpun pelbagai teknologi canggih seperti teknologi mengesan jaringan gol telah diperkenalkan, wisel pengadil masih lagi ketinggalan zaman. Time Whistle ialah konsep wisel pintar yang akan menyelesaikan masalah yang kami sebutkan di atas. Apabila perlawanan dihentikan, pengadil akan menekan butang khas pada sisi wisel. Ini akan mengaktifkan jam randik yang akan terhenti sebaik sahaja ia ditekan semula apabila perlawanan disambung. Jadi masa kecederaan yang harus ditambah di akhir 45 akan dapat diketahui. Time Whistle juga berkomunikasi dengan pengadil ke-empat secara tanpa wayar. Pengadil di atas padang tidak perlu memberi isyarat manual kepada beliau untuk mengetahui berapa banyak masa kecederaan perlu ditambah.

Wisel pintar ini menarik dan pastinya menyelesaikan masalah masa kecederaan yang tidak konsisten. Tetapi umum diketahui pihak persatuan bola sepak lambat mengadaptasi teknologi baru. Teknologi mengesan jaringan gol Hawk-Eye yang digunakan Liga Perdana Inggeris sudah wujud sejak 2001 tetapi hanya digunakan musim lepas. Di Malaysia teknologi Hawk-Eye masih tidak kelihatan. Besar kemungkinan konsep wisel pintar yang baik ini mungkin hanya akan digunakan 30 tahun dari sekarang.

Time-Whistle-1

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Konsep) Time Whistle – Wisel Pintar Menyelesaikan Masalah Masa Tambahan Perlawanan Bola Sepak"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info