Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kini, Lebih 10 Bilion Mesej Dihantar Menggunakan Aplikasi Telegram Setiap Hari

Telegram 10 bilionTelegram merupakan salah satu aplikasi permesejan yang sering digunakan ramai sebagai alternatif untuk WhatsApp. Selain hanya permesejan, Telegram turut menawarkan beberapa fungsi lain, termasuk sokongan aplikasi desktop dan web, fungsi menyimpan mesej di awan, dan beberapa yang lain.

Terkini, pihak Telegram berkongsi mengatakan mereka telah memperkenalkan aplikasi mereka untuk iOS lebih kurang dua tahun yang lepas. Kini, selang dua tahun, aplikasi mereka ditawarkan untuk pelbagai platform utama, dan ia telah menjadi salah satu aplikasi permesejan yang digunakan ramai.

Telegram mengatakan kini lebih 10 bilion mesej dihantar menggunakan perkhidmatan mereka setiap hari. Ini boleh dikatakan merupakan salah satu pencapaian yang tinggi, dan menjadikan ia antara aplikasi permesejan utama di pasaran jikalau dibandingkan dengan beberapa perkhidmatan yang lain.

Bagi anda, adakah anda sering menggunakan Telegram, atau anda lebih menggunakan WhatsApp, WeChat, Line dan sebagainya?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kini, Lebih 10 Bilion Mesej Dihantar Menggunakan Aplikasi Telegram Setiap Hari"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info