Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Cangkerang Kalis Air Untuk Apple Watch Memberikan Ketahanan IP68

Apple Watch ialah jam tangan pintar yang paling popular di pasaran sekarang. Peminta peranti Apple di Malaysia masih menantikan pelancarannya secara rasmi di negara kita. Jam tangan pintar ini direka dengan ketahanan IPX7 yang membuatkannya kalis percikan air tetapi tidak dijamin akan bertahan sekiranya dibawa berenang. Sekiranya anda seorang pengguna aktif dan mahukan Apple Watch kalis direndam di dalam air kini wujud cangkerang khas untuk anda.

Catalyst-Water-PRoof-Apple-Watch-1

Cangkerang kalis air ini direka oleh Catalyst. Apabila dipasang pada Apple Watch, ketahanan jam tangan pintar ini meningkat kepada IP68. Ini bermakna ia boleh direndam sehingga setengah jam tanpa mengalami kerosakan. Selain ketahanan air ia turut mampu menahan hentakan mengikut piawai MIL-SPEC 810G. Walaupun peranti kini ditutupi cangkerang, kesemua sensor pengesan nadi. haba, mikrofon, pembesar suara dan sistem pengecas pada belakang peranti masih boleh digunakan sepenuhnya. Cangkerang kalis air ini dijual pada harga $59.99 sebuah dan hanya dihasilkan untuk Apple Watch 42mm.

Catalyst-Water-PRoof-Apple-Watch-2



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Cangkerang Kalis Air Untuk Apple Watch Memberikan Ketahanan IP68"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info