ZTE telah memperkenalkan telefon pintar dibawah keluarga Axon pada minggu lepas, dan hari ini mereka turut memperluaskan penawaran telefon pintar berkenaan ke pasaran China – dimana ia turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari.
Apa pun, menariknya selain daripada telefon pintar berkenaan, ZTE turut mengumumkan sebuah jam tangan pintar baru, dinamakan sebagai ZTE Axon Watch.
Axon Watch ini dibangunkan hasil kerjasama pihak ZTE dengan Tencent. Bagi yang tidak mengenali akan Tencent, ia merupakan syarikat disebalik WeChat dan juga perkhidmatna muzik Joox yang telah dilancarkan baru-baru ini. Axon Watch ini menggunakan sistem operasi khusus dinamakan sebagai Tencent OS yang mana membawakan sokongan gesture dan juga kawalan berasaskan suara.
ZTE Axon Watch ini hadir dengan skrin bulat bersaiz 1.4-inci yang mana menggunakan kaca Gorilla Glass. Ia hadir dengan bateri berkapasiti 300mAh dan juga memori 512MB RAM, serta ruangan storan terbina 4GB.
Beberapa fungsi tambahan yang turut hadir adalah termasuk fungsi-fungsi memfokuskan kecergasan, dan juga pemantauan kesihatan. ZTE mengatakan ia turut menawarkan sokongan beberapa aplikasi, selain integrasi sokongan notifikasi panggilan dan juga mesej.
ZTE tidak mengumumkan sebarang harga jualan untuk Axon Watch ini, dan memandangkan Axon Watch menggunakan sistem operasi TencentOS, maka ia mungkin lebih memfokuskan pasaran China sahaja buat masa ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ZTE Axon Watch – Jam Tangan Pintar Dengan Sistem Operasi TencentOS Daripada ZTE"