Twitter melalui web mereka sebelum ini menyokong tetapan gambar latar, dimana pengguna boleh memilih latar belakang yang diminati mereka, dan ia akan dipaparkan bukan sahaja pada profil dan Tweet mereka, tetapi juga dipaparkan pada laman utama dan notifikasi.
Namun, perkara berkenaan berubah hari ini apabila Twitter telah mula membuang sokongan tersebut pada halaman utama web serta notifikasi. Sebaliknya, ia masih dipaparkan pada halaman profil serta pada halaman sesuatu Tweet berkenaan.
Ia tidak diketahui mengapakah Twitter melakukan perubahan ini. Pengguna yang menetapkan gambar latar belakang sebelum ini kini dipaparkan dengan latar berwarna putih sahaja – yang mana tidak begitu diminati oleh sejumlah pengguna.
Bagi anda, adakah anda meminati penggunaan gambar latar pada Twitter ataupun lebih mengemari penggunaan latar berwarna putih sahaja?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Twitter Membuang Gambar Latar Belakang Yang Ditetapkan Pengguna"