Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony Ingin Memperkenalkan Peranti Baru Pada 3 Ogos Dengan Fokus Rakaman Gambar Pantas

Sony melalui akaun Twitter mereka hari ini berkongsi sebuah teaser ringkas untuk peranti baru mereka yang bakal diperkenalkan. Sony mengatakan mereka akan memperkenalkan kaedah baru untuk merakamkan gambar dengan pantas pada 3 Ogos 2015 ini.

Sony Teaser

Memandangkan gambar teaser ini hadir daripada akaun Twitter Sony Xperia, maka ia berkemungkinan sebuah telefon pintar baru daripada pihak Sony. Sony baru-baru ini telah memperkenalkan Xperia Z3+ dan juga Xperia C4 untuk pasaran tempatan, dan melalui beberapa info yang tertiris sebelum ini, ia dikatakan Sony sedang mempersiapkan telefon pintar baru dibawah keluarga Xperia C.

Pihak Sony tidak memberikan sebarang petanda berkenaan apakah telefon pintar yang akan diumumkan buat masa ini. Beberapa spekulasi mengatakan Sony mungkin akan mengguna-pakai lensa Exmor RS IMX230 pada peranti ini, yang mana membawakan sensor 21-megapixel yang menawarkan sokongan 192PDAF (Phase Detection Autofocus) yang membolehkan ia merakamkan gambar dengan fokus yang jitu dan pantas.

Sama-sama kita nantikan apakah yang akan dibawakan oleh syarikat pengeluar peranti dari Jepun ini pada minggu hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sony Ingin Memperkenalkan Peranti Baru Pada 3 Ogos Dengan Fokus Rakaman Gambar Pantas"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info