Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Skoda Mencipta Tali Pinggang Khas Untuk Anjing Peliharaan

Musim balik kampung sempena Hari Raya baru sahaja berakhir. Ribuan kenderaan menyusuri lebuh raya utama menyebabkan kesesakan. Sungguhpun begitu beberapa kemalangan melibatkan kematian bayi memenuhi dada akhbar. Walaupun acap kali dinasihatkan supaya menggunakan kerusi keselamatan bayi, ramai ibu bapa yang masih degil memangku anak di dalam kenderaan. Selagi amalan buruk turun temurun ini tidak dihentikan, selagi itulah insiden kematian melibatkan bayi tercampak atau dihempap tubuh ibu akan berterusan.

Skoda-tali-pinggang-anjing

Teknologi untuk menyelamatkan nyawa bayi dalam kemalangan sudah wujud sejak berdekad lamanya. Teknologi untuk menyelamatkan nyawa haiwan peliharaan juga yang masih ketinggalan. Kepada “ibu bapa” haiwan yang ingin anak empat kaki mereka dapat menaiki kenderaan dengan selamat, Skoda sudah mencipta tali pinggang khas untuk anjing. Penggunaan tali pinggang anjing ini bukan sahaja memastikan keselamatan haiwan peliharaan malahan nyawa pemandu sendiri. Di dalam situasi kemalangan anjing yang tidak menggunakan tali pinggang boleh melayang dan menghempap tubuh pemandu di hadapan.

Di Eropah anjingpun sudah mempunyai tali pinggang keselamatan. Undang-undang mewajibkan pemakaian kerusi keselamatan untuk bayi juga sudah lama berkuatkuasa. Sementara itu di Malaysia keselamatan anak-anak kecil diabaikan majoriti ibu bapa. Adakah kita tidak menghargai anugerah tuhan? Mudah sangatkah menghasilkan bayi baru sekiranya bayi yang sedia ada mati?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Skoda Mencipta Tali Pinggang Khas Untuk Anjing Peliharaan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info