Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Mula Menawarkan Galaxy J5 Dan J7 Di Malaysia – Hadir Dengan LED Hadapan, Harga Bermula RM799

Samsung Malaysia hari ini menambah dua lagi penawaran telefon baru dibawah keluarga Galaxy untuk pasaran Malaysia, iaitu Galaxy J5 dan juga Galaxy J7. Galaxy J5 ditawarkan pada harga RM799, sementara Galaxy J7 pula pada harga RM999.

Kedua-dua telefon ini telah diperkenalkan oleh pihak Samsung pada bulan lpas, dimana ia hadir dengan penggunaan lampu LED pada bahagian hadapan. Berbeza dengan beberapa peranti lain, ia hanya sekadar lampu sahaja, dan pengguna boleh mengaktifkannya, dan kemudian merakamkan gambar selfie dengan terang pada keadaan persekitaran gelap.

Samsung Galaxy J Malaysia

Galaxy J5 hadir dengan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 410 1.2Ghz, memori 1.5GB RAM, serta ruangan storan 16GB. Galaxy J7 pula menggunakan skrin 5.5-inci, cip pemprosesan Snapdragon 615, memori 1.5GB RAM, dan ruangan storan sama – 16GB.

Kedua-dua peranti ini menggunakan kamera belakang 13-megapixl, dan kamera hadapan 5-megapixel. Ia turut menjalankan sistem operasi Android 5.1 Lollipop, serta antaramuka khusus TouchWiz.

Kedua-dua peranti ini telah boleh didapati dari pasaran tempatan, dimana Galaxy J5 ditawarkan pada harga RM799, sementara Galaxy J7 pula pada harga RM999.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Mula Menawarkan Galaxy J5 Dan J7 Di Malaysia – Hadir Dengan LED Hadapan, Harga Bermula RM799"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info