Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Galaxy A8 – Telefon Pintar Nipis Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM1888

Selain daripada HTC yang melancarkan HTC One E9+ hari ini, Samsung Malaysia turut memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru berasaskan Android daripada mereka, iaitu Samsung Galaxy A8. Samsung Galaxy A8 hadir daripada keluarga peranti Galaxy A, yang mana menyertakan rekaan yang premium dengan penggunaan bingkai berasaskan logam.

Samsung Galaxy A8

Galaxy A8 ini boleh dikatakan sebagai telefon pintar paling nipis daripada Samsung buat masa ini, hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci dengan resolusi 1920×1080 pixel. Samsung menggunakan cip pemprosesan mereka tersendiri, iaitu Exynos 5430 lapan-teras, serta melengkapkan ia dengan memori 2GB RAM. Pengguna ditawarkan dengan ruangan storan sebesar 32GB yang mana boleh diperluaskan dengan penggunaan mikro-SD. Telefon pintar ini hadir dengan sokongan dwi-SIM, tetapi ia berbentuk hibrid, dimana SIM kedua boleh digunakan sama ada untuk SIM atau untuk mikro-SD.

Bagi tujuan rakaman gambar, Samsung Galaxy A8 menggunakan kamera 16-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Telefon pintar ini menyokong rangkaian 4G LTE serta dilengkapi bateri berkapasiti 3050mAh. Samsung seperti biasa menggunakan antaramuka TouchWiz pada telefon pintar ini, dan ia berasaskan kepada Android 5.1 Lollipop. Fungsi popular penggunaan tema yang hadir pada keluarga Galaxy A turut dikekalkan pada Galaxy A8 ini.

Samsung Galaxy A8

Pada masa yang sama, telefon pintar ini turut menyertakan penggunaan pengimbas cap jari padanya. Seperti sedia maklum, Galaxy S6 telah menyertakannya untuk memfokuskan terhadap pembayaran Samsung Pay (terhad di Korea Selatan sahaja) serta sekuriti tambahan – dan ia terus dikekalkan pada peranti Galaxy A8 ini.

Samsung Galaxy A8 berharga RM1888 dan boleh didapati daripada para pengedar rasmi Samsung seluruh negara.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Galaxy A8 – Telefon Pintar Nipis Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM1888"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info