Pocket merupakan salah satu aplikasi yang disediakan untuk beberapa platform, dimana ia membolehkan para pengguna menyimpan sesuatu artikel ketika melayari web, dan seterusnya memudahkan pengguna untuk mengikuti artikel berkenaan ketika mereka mempunyai masa terluang.
Melalui Pocket juga, ia memaparkan sesuatu artikel dalam kaedah mudah untuk dibaca dengan membuang pelbagai elemen web yang tidak diperlukan – dan memfokuskan sepenuhnya kepada artikel berkenaan.
Terkini, pihak Pocket turut melangkah setapak kehadapan dengan mengintegrasikan teknologi teks-ke-suara pada aplikasi iPhone mereka.
Menggunakan teknologi berkenaan, ia membolehkan pengguna untuk menyimpan artikel, dan membuat aplikasi Pocket tersebut sendiri untuk membacakan artikel berkenaan kepada mereka – mungkin ketika memandu dan sebagainya, sekaligus mengubah artikel berkenaan kepada sebuah bentuk podcast.
Bagi anda yang menggunakan Pocket pada iOS, boleh memuat-turun atau mengemaskini versi terbaru aplikasi berkenaan, dan menikmati fungsi yang dibawakan ini. Selain daripada iOS, versi Pocket untuk Android turut telah mempunyai fungsi ini untuk beberapa tahun.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pocket Untuk iOS Membolehkan Anda Mendengar Bacaan Artikel Melalui Integrasi Teknologi Teks-Ke-Suara"