Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Penyelaku Perlumbaan Kereta Paling Realistik Dijual Pada Harga RM 720 000

Beberapa minggu yang lalu kami paparkan penyelaku TL3 dengan skrin melengkung. Penyelaku ini memberikan pemandangan 200 darjah bagi pengguna yang duduk di dalamnya. Pada waktu yang sama sistem hidraulik yang digunakan memberikan ilusi anda memang sedang memandu sebuah kenderaan sebenar.

The-Most-Realistic-Racing-Simulator-1

Sistem TL3 nampaknya berjaya dikalahkan oleh penyelaku The Most Realistic Racing Simulator. TMRS hanya memberikan pemandangan selebar 103 darjah menggunakan 3 monitor tetapi keseluruhan “kokpit” boleh berputar sebanyak 360 darjah. Apabila kenderaan yang dipandu secara maya berpusing, anda anda turut terpusing di dunia sebenar. Sistem hidraulik dan audio 500 watt turut digunakan bagi membuatkan penyelaku ini semakin realistik. Jika anda mahu memilikinya TMRS dijual pada harga $185 000 (RM 720 000) sebuah. Ia hanya boleh digunakan oleh pengguna PC buat masa ini. Para harga RM 720 000 mungkin lebih murah untuk membeli sebuah kereta lumba buatan Jepun dan memandunya di atas litar sebenar.

The-Most-Realistic-Racing-Simulator-2



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Penyelaku Perlumbaan Kereta Paling Realistik Dijual Pada Harga RM 720 000"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info